
Sulit
4 tahun
Adakah ubat tahan darah haid boleh membantu mencegah kehamilan
Saya sedang mengambil ubat untuk menghentikan haid. Adakah ubat tersebut dapat bantu untuk elak kan saya mengandung? Sebab saya bersama suami merancang untuk tidak hamil dalam masa trdekat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, ubat-ubatan yang digunakan untuk menghentikan haid adalah ubat yang khas dan tetapi terdapat juga antara ubat tersebut boleh dijadikan pil perancang. Namun, pengambilan pil perancang yang khas tidak akan menghentikan haid anda namun haid anda akan berjalan seperti biasa. Terdapat beberapa ubat yang boleh digunakan untuk menghentikan darah haid seperti:
- Pil perancang
- Ubat hormon progesteron
- Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)
- Tranexamic acid
Ubat-ubatan yang tersenarai di atas boleh digunakan untuk merawat darah haid yang berlebihan atau berpanjangan kerana ia mempunyai hormon wanita yang boleh mengawal ovulasi. Namun, untuk menggunakan ubat yang boleh dijadikan pil perancang, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu agar mendapatkan preskripsi dan cadangan pil perancang yang lebih sesuai untuk digunakan sebagai perancangan keluarga yang lebih efektif dan selamat.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Pil perancang mempunyai pelbagai jenis dan setiap jenis mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri sama ada diambil secara harian atau 2-3 kali sebulan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih