
Sulit
3 tahun
Adakah Vaksin Covid-19 selamat untuk pesakit Parkinson?
Ibu saya berusia 74 tahun. Beliau telah mengidap penyakit Parkinson sekitar 8 tahun. Pergerakannya terhad dan sudah memakai lampin pakai buang sejak 6 bulan lepas. Adakah sebarang vaksin Covid-19 selamat untuknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak DoctorOnCall.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda ingin mengetahui sama ada vaksin COVID-19 selamat untuk ibu anda yang mempunyai penyakit Parkinson. Kami akan cuba menjelaskan serba sedikit berkenaan hal ini kepada anda.
Untuk makluman anda, para pakar perubatan menyimpulkan bahawa vaksinasi COVID-19 selamat dan boleh disyorkan kepada pesakit Parkinson, kecuali jika ada kontraindikasi tertentu. Vaksin dapat membantu mengurangkan risiko terkena penyakit serius jangkitan COVID-19, yang boleh menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa.
Akan tetapi, anda juga dinasihatkan untuk dapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Pihak anda juga mungkin memerlukan penilaian pra vaksinasi bagi mencegah sebarang komplikasi yang serius.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini