
kamilzakri13
3 tahun
Adakah Vaksin HPV berkesan setelah terkena penyakit HPV
Saya lelaki berumur 24 tahun, saya perasan ada genital warts pada kelamin dan dalam mulut saya. Bolehkah ia dirawat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, HPV adalah sejenis virus yang boleh disebarkan melalu hubungan kelamin. Biasanya, jangkitan virus ini tidak akan menunjukkan sebarang simptom kecuali ‘genital warts’ pada kelamin dan mulut(jarang). Selain HPV, virus Herpes juga boleh menunjukkan simptom yang sama.
Virus HPV tidak boleh dirawat, tetapi simptom-simptom jangkitan virus ini boleh dirawat. ‘Genital warts’ yang anda alami boleh dirawat menggunakan ubat topikal, atau cryosurgery.
Virus HPV mempunyai beberapa jenis. Jika anda dijangkiti oleh sejenis virus HPV, vaksin HPV boleh melindungi anda daripada jangkitan HPV jenis lain.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.