
Sulit
4 tahun
Adakah wanita akan hamil sekiranya melakukan hubungan seks dengan pasangan ketika subur tetapi pasanga tidak mengeluarkan sebarang mani? dan pasangan juga tidak mencapai klimaks..adakah wanita akan hamil?
adakah wanita akan hamil sekiranya melakukan hubungan seks dengan pasangan ketika subur tetapi pasanga tidak mengeluarkan sebarang mani? dan pasangan juga tidak mencapai klimaks…adakah wanita akan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sebelum mencapai klimaks, lelaki boleh mengeluarkan sejenis air mazi. Air mazi boleh mengandungi sperma. Kemungkinan untuk pensenyawaan berlaku adalah tipis tetapi masih boleh berlaku. Tambahan pula, ketika waktu subur, sistem reproduktif wanita akan berfungsi untuk ‘mengalu-alukan’ sperma bagi tujuan pensenyawaan.
Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan kondom atau kaedah perancang tetap lain seperti:
- Pil perancang kombinasi
- Pil perancang progesteron sahaja
- Suntika perancang
- Vaginal ring
- Pelekat hormon
- IUCD
Anda digalakkan untuk mengambil ujian kehamilan air kencing yang boleh didapati di mana-mana farmasi berdekatan sekiranya haid lewat selama 2 minggu. Sebelum menggunakan kaedah perancangan di atas, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor tentang kaedah yang plaing sesuai berdasarkan status kesihatan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.