
Sulit
5 tahun
Adake saya risiko tinggi
Saya sebagai cikgu, I mengalami batuk, selesema, letih, sakit tekak,. Adake saya be risiko tunggu? I dah tengok 2 kali doctors clinic tapi tak sembuh lagi. Anak. I pun batuk juga.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk maklumat anda, anda berisiko untuk dijangkiti jika anda baru pulang dari negara yang teruk terjejas seperti China, Itali, Korea Selatan, Jepun, Iran dan sebagainya atau anda telah berjumpa/ kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif COVID-19.
Jika tiada kontak rapat atau anda tidak pulang dari negara yang disebutkan tidak menjadikan anda seorang yang berisiko tinggi untuk dijangkiti lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan seperti:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Walaubagaimanapun, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini