Sulit
4 tahun
Adaketulan di ketiak
hi doc saya ada ketulan di ketiak dan ternampak mata dia macam warna putih sebelum ni saya dah pernah jumpa doc di hospital tapi tak ada apa. but now saya kena lagi sangat la pedih bila nak gerak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Benjolan lemak
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.
































