
Sulit
4 tahun
Adalah saya mengalami covid19
Saya ade demam, sakit dad’s, short of breath, sakit kepala & lose of taste. Pergi buat swab test result adalah negative. Tetapi sysmptom masih ade seperti short of breath, badan rasa sejuk & lose of taste masih ade. Adalah saya ade covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas dan sakit dada.
Walaubagaimanapun menurut dari keterangan yang anda perihalkan, masalah anda boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Gejalasesak nafas ini boleh disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam darah serta karbon dioksida yang terlebih. Kekurangan oksigen ini boleh berpunca daripada masalah jantung atau paru-paru yang juga boleh menyebabkan sesak nafas.
- Jangkitan atau keradangan pada paru-paru boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit dada.
- Saluran darah paru-paru yang tersekat
- Masalah jantung atau kegagalan jantung untuk mengepam darah dengan lancar (boleh menyebabkan kekurangan aliran darah beroksigen ke seluruh badan seperti kaki)
- Penyakit sel darah seperti anemia yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah.
- Penyakit darah beku pada saluran darah bahagian kaki
- Gangguan stress atau emosi, serta senaman yang berlebihan yang boleh menyebabkan kesesakan nafas.
- Penyakit keradangan paru-paru atau penyakit penyekatan saluran pernafasan kronik (COPD) yang boleh mengganggu penerimaan oksigen ke darah.
- Penyakit kekangan paru-paru seperti Emphysema
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Masalah sesak nafas dan sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit lain selain jantung dan paru-paru. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Sementara itu, kami sarankan anda untuk menjaga pemakanan, kurangkan stress, dan amalkan gaya hidup yang sihat bagi membantu mencegah perkembangan penyakit yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini