
Sulit
4 tahun
Ade benjolan2 kecil di seluruh badan
Salam sejahtra…dr sy ingin bertanya di badan suami sy terdapat benjolan2 kecil seperti kelenjar…benjolan tu tak sakit tapi apabila di sentuh baru terasa sakit…pada tahun 2012…kelnjar tersebut telah di ambil sempel oleh pihak hsptl…dan dari sempel tersebut dr mengatakn kelenjar tersebut bukalah knser…tetapi sudah sekian lama kelanjar tersebut tidak hilang malah semakin banyak…adakah kelenjar tersebut berbahaya…apa yg perlu kami lakukan…mohon pandangan dr…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah benjolan-benjolan kecil yang terdapat pada di seluruh bahagian badan suami anda. Untuk makluman anda, benjolan tersebut boleh disebabkan oleh dua perkara, sama ada ia adalah sejenis penyakit kulit, ataupun gejala ketumbuhan kelenjar pada badan.
Namun, menurut situasi anda, benjolan tersebut adalah disebabkan oleh ketumbuhan kelenjar, dan ia tidak semestinya menandakan gejala kanser. Kelenjar yang bengkak diseluruh badan boleh disebabkan oleh perkara lain seperti:
- Jangkitan virus Influenza
- Jangkitan denggi
- Jangkitan TB
- Syfilis
- Penyakit lupus (Systemic Lupus Erythematous)
- Hipertiroid (jarang)
- Sarkoidosis, iaitu sejenis penyakit kanser.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala kelenjar yang bengkak dan sakit apabila ditekan ini selalunya menandakan jangkitan kuman atau virus pada badan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan punca masalah melalui ujian makmal yang khusus untuk jangkitan kuman dan virus.
Ada juga kemungkinan bahawa gejala benjolan tersebut adalah disebabkan oleh penyakit kulit yang perlu disiasat lebih lanjut. Oleh itu, hanya doktor anda yang boleh membantu dari segi situasi ini kerana mereka mempunyai siasatan visual yang lagi teliti.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.