
Sulit
3 tahun
Adhd dewasa dan mempunyai ank adhd dan autism
Dr…maaf sebab penerangan yng ringkas…saya ada masalah ngan tak boleh fokus …stress sngat mngurus ank adhd ngan autism +adhd…saya on ubat luvox 75 mg tpi da off sendri sebab bila da sampai temujanji sy masih menunda masa kadang datang tk on time…selalu hilang hp mcm 2 lh lupa…macm mna saya nak urus ank dalam keadaan saya mcm ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk bertemu dengan pakar kaunseling dan juga doktor pakar psikiatri untuk mendapatkan nasihat dan bantuan. Anda juga boleh melakukan beberapa perkara ini untuk membantu dalam tugasan harian:
- Buat satu kerja dalam satu masa
- Utamakan perkara yang penting dahulu dan sentiasa beri perhatian kepada tugasan yang lain
- Melakukan senarai to-do list untuk aktiviti harian
- Pastikan anda mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor
- Mendapatkan sokongan daripada pasangan dan juga pakar kesihatan
- Melakukan aktiviti yang dapat menenangkan diri anda dan juga membantu anda untuk fokus
- Mendapatkan rehat yang cukup
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.