
Sulit
3 tahun
Advised on supplments eating
Hi doktor! Saya gadis berusia 23 tahun. Boleh ke saya makan vitamin C + folic acid + evening primrose oil (EPO) pada waktu sekarang?
Sebab saya nak makan EPO ketika period saya selalu sakit pinggang dan dada, folic acid pula sebab bacaan darah saya 9. Vitamin C pula untuk elakkan saya senang selesema dan demam. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejatera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Untuk makluman anda, tiada laporan tentang interaksi antara EPO dan vitamin C ataupun bersama asid folik. Namun tidak semestinya interaksi antara ubat ini tidak wujud, anda perlu melakukan konsultasi bersama doktor di klinik berdekatan untuk menentukan dos dan beberapa maklumat perlu diperolehi sebelum boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.