
Sulit
4 tahun
After molar pregnancy pregnant back
hai doctor, saya berumur 20tahun. bulan 8 haritu saya mengalami keguguran anggur/ complete molar pregnancy time tu usia kandungan saya 9weeks. saya takda buat d&c atau cuci. sebab doktor kata clear. bulan 10 ni saya ade period but sebelum tu 6/10 saya ade keluar ketulan coklat berwarna coklat seperti daging selama 2 hari kemudian keesokkan nya saya keluar darah seperti biase macam period 5 hari. so skrg saya follow up HSA. selepas sebulan keguguran tu saya buat check saya disahkan pregnant lagi. and malam tu saya mengalami cramp bahagian perut bawah and tak bole tidur. keesokkan nya payudara saya berdenyut and sakit belah kiri 2 hari.td saya g klinik chck sekarang saya da 5 weeks 6 days. pagi tadi saya keluar lagi spotting coklat and ade macam ketulan atau tisu tisu berwarna coklat. adakah kandungan saya selamat? saya ade pergi klinik selepas spotting tu berlaku. and doktor cakap baby saya ok tapi tak sure.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk membuat rumusan jika kandungan anda selamat setelah spotting coklat keluar.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut sebelum melakukan langkah seterusnya. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.