
Sulit
5 tahun
Agak Sukar Bernafas, Sedikit Demam dan cirit birit
Saya lelaki berumur 28 tahun dan saya mengalami rasa sedikit sukar bernafas dibahagian dada, kadang-kadang saya boleh rasa paru-paru macam bubble wrap. tangan saya disebelah kiri berasa sedikit kebas, pening, cirit birit namun tidak kerap dan berasa demam sedikit. Tiada batuk, namun saya kerap bersin.
Saya juga telah melawat ke KWSP Jalan Raja Laut pada Isnin minggu lepas, dan penyakit ini bermula semasa hujung minggu yang lalu.

5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Berdasarkan keterangan yang telah anda berikan, anda telah mengalami masalah sesak nafas. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengambil kuiz ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom batuk dan sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain seperti virus influenza
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal). Anda boleh berhubung dengan kami untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia melalui link berikut: https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di lawan sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini