
enasyiqin
5 tahun
Air besar bewarna hijau
Saya wanita berumur 20 tahun. Baru baru ni, saya menghidap sakit jantung dan tiroid. Di suspek sakit itu. Kemudian. Bila saya ingin membuang air besar. Najis tu warna hijau. Saya tidak suka sayur sayuran dan saya dalam masa sebulan dua… makanan yang menggunakan pewarna hijau juga saya tidak makan.

6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan anda.
Najis hijau biasanya disebabkan oleh pengambilan sayuran hijau yang sangat banyak dalam diet seseorang kerana klorofil yang terdapat dalam tumbuhan yang menghasilkan warna hijau.
• Pigmen hempedu - najis boleh menjadi hijau disebabkan oleh pigmen hempedu dalam najis
• Antibiotik – sesetengah antibiotik yang tertentu boleh mengubah jenis-jenis bakteria yang ada dalam usus.
• Parasit dan bakteria – pathogen yang tertentu boleh menyebabkan najis menjadi hijau, termasuklah bakteria Salmonella, Giardia (parasit berasaskan air), dan norovirus.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!