
Sulit
4 tahun
Air darah keluar dari lubang dubur
Saya perempuan berusia lewat 20an. Saya mengalami masalah air darah keluar dari lubang dubur. Tapi apabila masa buang air besar, najis saya tiada darah dan najis berwarna coklat biasa. Tidak gelap dan pekat. Tapi selepas darah akan mengalir keluar dari lubang dubur saya. Tapi tiada rasa sakit di saluran lubang atau sekitar lubang tu. In fact, saya tidak rasa sakit perut pon. Tapi saya dpt rasakan ada something dekat saluran dubur saya seperti najis yg besar yang masih tidak boleh keluar. Saya cuba utk teran tapi tidak keluar. Adakah ini buasir atau sakit yg lebih serius doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat . Terima kasih.