
Sulit
5 tahun
Air kencing anak berubah warna
Anak saya berumur 6 thn…selama ini air kencing nya normal tp baru2 ini saya perhatikan air kencing anak saya ada mengeluarkan warna putih kapur di susuli air kencing berwarna jernih…adakah ia nya tidak normal??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan,masalah kencing yang anak anda alami boleh disebabkan:
- Sindrom nefrotik - akibat penyakit auto-imun (sistem imun menyerang badan sendiri), jangkitan kuman
- Penyakit kencing manis jenis 1
- Kesan makanan atau ubat
- Jangkitan saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.