
Sulit
5 tahun
Air kencing berbau busuk
saya lelaki lingkungan 48 tahun, kebelakangan ini setiap kali kencing, air kencing saya berbau busuk…saya tiada apa masalah kesihatan…semasa kencing pon tiada sebarang kesakitan…tiada kesakitan di mana2 bahagian terutama di pundi kencing mahupun di bahagian pinggang…untuk makluman kencing saya lawas tiada apa2 masalah…cuma berbau busuk sahaja…boleh beri pencerahan

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Jangkitan saluran pundi kencing
- Pemakanan
- Masalah buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.