
Sulit
4 tahun
Air kencing berminyak
Kenapa setiap kali saya buang air kecil, saya perasan air kencing saya berminyak. Is it tanda2 awal saya tidak sihat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Chyluria- selain berminyak, air kencing akan kelihatan berwarna putih
Ketosis yang boleh disebabkan oleh
- pemakanan yang mengandungi karbohidrat yang terlalu rendah
- kencing manis
- masalah gaya pemakanan (eating disorder)
- masalah pencernaan makanan
- anda sedang mengalami masalah cirit-birit atau muntah
- senaman intensiti tinggi
- hamil
Kesan sampingan dari pengambilan vitamin yang larut air
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Masalah yang nada hadapi mungkin tidak serius tetapi terdapat kemungkinan ianya disebabkan penyakit lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.