
Sulit
4 tahun
Air kencing dan mani keluar darah ketika membuang air kecil . darah jenis ketulan kecil
saya lelaki berusia 20-an . kebelakang ni air kencing saya keluar darah jenis ketulan ketulan kecil semasa membuang air kecil . ketulan darah ini keluar semasa penghujung kencing . sebelum menghadapi masalah kencing berdarah ini , saya dapati air mani saya juga keluar darah . boleh saya tahu apa masalah yang saya hadapi ? saya tiada rasa sakit ketika buang air kecil . saya agak risau kerana saya baru berumur 20-an . harap doktor dapat membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada saluran kencing
- Karang pada saluran kencing
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Radang prostat (prostatitis)
- Masalah buah pinggang
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami tidak dapat memberitahu masalah apakah yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan masalah kencing berdarah dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.