
Sulit
5 tahun
Air kencing keluar sedikit selepas kencing
Saya lelaki berumur lingkungan 20 an , masalah yang saya hadapi ialah apabila saya sudah selesai kencing , saya akan merasakan ada lagi air kencing yang keluar . Perkara ini hanya terjadi selepas saya kencing . Apakah masalah yang saya hadapi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya: - masalah pada spinchter salur kencing
- jangkitan pada salur kencing
- radang salur kencing
- kelenjar prostat membengkak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.