
Sulit
5 tahun
Air kencing wrna susu adakah ianya normal atau sebaliknya
Saya wanita berusia 29thun… pgi tadi sy dapati wrna air kencing saya seprti wrna susu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini adalah tidak normal dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya, jangkitan saluran air kencing, kesan sampingan ubat, makanan yang anda ambil, atau air kencing anda mengandungi kristal, lemak, darah merah atau putih dan lendir.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi jika masalah ini berterusan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.