
azfarsarah
5 tahun
Air ketuban ataupun vagina discharge
Saya mengandung 14 weeks dan sedang batuk teruk. Saya sudah pergi ke klinik dan doctor berikan antibiotik dan ubat batuk. Bolehkah air ketuban bocor sewaktu saya batuk sebab saya perasan ada cecair jernih tanpa bau keluar di kawasan urethra, tapi kadang2 sahaja. Adakah itu air ketuban atau pun vagina discharge sahaja? Perlu ke saya ke klinik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Air kencing disebabkan kencing tidak lawas
- Ibu yang mengandung juga akan menghasilkan banyak air secara fisiologi
- Air ketuban
Untuk mengetahui punca sebenar, pemeriksaan perlu dilakukan untuk membezakan punca air ketuba tersebut. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.