mylinna81
6 tahun
Air ketuban sedikit lebih
Saya hamil 37minggu… Doktor mengesahkan bahawa kandungan saya mempunyai air ketuban sedikit lebih… Apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan air ketuban di paras yang normal.
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Air ketuban yang banyak (polyhydramnios) boleh disebabkan oleh ibu yang menghidapi kencing manis (gestational diabetes mellitus, GDM) serta anomali kandungan (jarang). Hal ini boleh menyebabkan posisi kandungan bertukar setiap masa kerana ruang yang terlebih.
Jumlah air ketuban tidak dapat dikurangkan melalui apa-apa cara kecuali melalui cara perubatan yang memerlukan pakar. Oleh itu, anda disarankan berbincang dengan doktor anda mengenai langkah langkah yang boleh dibuat semasa kelahiran (due date).
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih





































