
Sulit
4 tahun
Air liur berbuih & terlalu banyak, haid tidak teratur, murung
Saya wanita umur 25 . Sudah setahun setengah saya mempunyai penyakit agak pelik air terlalu banyak berbuih & pekat. Saya terpaksa sedia plastik untuk ludah. Haid juga tidak teratur & pada tahun lepas, saya disahkn murung tahap ringan. Tolong saya. Kadang2 saya rasa mahu bunuh diri kerana penat dgn penyakit saya. Suami saya tidak memahami saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan untuk mengenal pasti hubungkait antara gejala yang anda hadapi.
Secara umum, produksi air liur yang berlebihan boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- jangkitan
- keradangan rongga mulut
- gangguan saraf
- gangguan fungsi rahang
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Kami juga mengambil serius perihal kemurungan dan rasa ingin bunuh diri yang anda alami. Kami sarankan anda untuk rehatkan diri anda dan tenangkan fikiran anda dahulu. Kami berharap anda tidak melakukan tindakan terburu-buru.
Berikut merupakan perkara yang anda boleh lakukan:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan suami anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) dan doktor kami akan membantu anda secara peribadi di atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.