
Sulit
4 tahun
Air liur berdarah selama sebulan lebih
Mengalami air liur berdarah sudah sebulan lebih,tetapi saya tidak batuk atau demam. Sekali sekala saya rasa sakit dada dalam 2-5 saat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah air liur berdarah. Untuk makluman pihak anda, air liur berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Jangkitan bakteria pada gusi
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air. Anda disarankan untuk minum air secara kerap
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana meludah keluar darah cair secara berterusan dengan selalu boleh menyebabkan anaemia atau kekurangan darah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.