
fadlyidris
4 tahun
Air liur kelihatan kemerahan, sedikit berdarah
Salam sejahtera, saya lelaki berumur 36 tahun. Sejak kebelakang ini apabila saya banyak bercakap atau banyak mengerakkan lidah, saya terasa ada darah di mulut, dan apabila saya meludah kelihatan air liur saya berwarna kemerah-merahan dan kelihatan ada sedikit darah tetapi tidak pekat dan sangat cair. Saya juga memeriksa di dalam mulut saya dan tiada luka atau ulser di lidah saya, cuma ada warna keputihan di atas lidah. Apakah masalah saya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air liur kemerahan (atau berdarah) boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan gusi
- Ulser mulut
- Jangkitan kulat
- Kanser seperti kanser oral
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.