
ashraf.abdkadir85
5 tahun
Air liur yang banyak
saya mengalami gangguan tidur. ia sering terjadi dan kerap berulang. antara ketidakselesaan saya yang terkini ialah air liur saya menadi banyak terutama ketika hendak tidur/ keadaan berbaring.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air liur yang berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kelenjar air liur yang terlalu aktif
- pengambilan makanan berkanji yang banyak
- batu dalam kelenjar air liur (siadolithiasis)
- jangkitan kuman dan bakteria pada struktur tonsil, tekak dalam ataupun quincy
- masalah saraf seperti myasthenia gravis, Bell’s palsy
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu tidur dan rutin haruan, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih