
Anonymous
5 tahun
Air mani atau Cecair keluar selepas buang air kecil
Saya lelaki berumur 34 tahun sudah berkahwin ( anak seorang) . Tidak merokok juga. Masalah yang saya hadapi bermula dari zaman umur 20an di mana Cairan keluar dari zakar dan akan berasa sakit di bahagian pangkal zakar selepas cairan keluar. Pada umur lewat 20an sy menjalani rawatan di Urologi HKL, dan tiada sebarang sakit ditemui sehingga la sekarang ( saya dah berhenti terima rawatan di HKL) Masalah makin teruk di mana skrg sy dapati air mani sy akan keluar sendri tanpe sebarang xtvt seks kebiasaan perkare ini terjadi selepas sy membuang air kecil. Sakit akan terjadi di pangkal Zakar selepas ir air mani keluar sendiri. Keadaan sy bertambah teruk apabila skrg sakit seperti sengal sengal di bahagian pangjal zakar dan belakang badan pinggang saya terase sakit setiap hari. Zakar juga kadang2 akan terase sakit selepas saye ejakulasi selepas berhubunga dgn isteri. Mohon Doc dapat berikan oendapat berkenaan masalah sy ini. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair putih yang keluar dari zakar serta sakit pinggang yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran air kencing - boleh naik hingga ke buah pinggang dan menyebabkan sakit pinggang
- Penyakit kelamin seperti klamidia/gonorrhoea
- Keradangan prostat/testis - boleh menyebabkan air mani keluar
- Nanah - dari luka dalaman zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.