
Sulit
5 tahun
Air mani di dalam mulut
Jika pancut didalam mulut dan buang air mani itu …lalu si isteri mengunakan air liur sebagai pelincir di bahagian luar faraj adakah boleh menyebabkan kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, risiko untuk isteri anda hamil adalah tipis. Hal ini kerana air mani harus mendapatkan akses ke dalam rahim melalui vagina sebelum ia boleh berenang ke tiub falopian untuk persenyawaan telur.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.