
Sulit
5 tahun
Air mani keluar dari faraj
Hi doc,
Sy nk tnya, sy psgn baru kawen 3 bulan lepas, permasalahan sy selepas sy bersetubuh dgn isteri, air mani terkeluar semula. Ianya keluar selepas sejam atau dua jam dari kami bersetubuh. Kadang-kadang tengah berjalan pun air mani keluar dari faraj. Adakah ianya normal? Kami ingin kan cahaya mata.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi masalah ini lazim berlaku dan ianya bukan satu perkara yang harus anda risaukan.
Terdapat banyak faktor lain yang menentukan anda akan hamil atau tidak. Namun, nasihat saya teruskan mencuba. 3 bulan adalah tempoh yang singkat. Berikan sedikit lagi masa dalam setahun. Sekiranya anda masih tidak mengandung walaupun sudah kerap mencuba anda mungkin boleh merujuk masalah ini denga doktor bagi mendapatkan pemeriksaan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.