
Sulit
4 tahun
Akibat mandi lewat malam pada kesihatan badan
Adakah Kita akan dpt simptom penyakit sekiranya Mandi lewat mlm pada setiap hari.adakah paru-paru akan berair?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, setakat ini tiada kajian atau bukti yang mengatakan bahawa mandi pada lewat malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Malah, paru-paru berair boleh disebabkan oleh faktor lain seperti:
- Penyakit kencing manis
- Penyakit jantung
- Kolesterol tinggi
- Tidak aktif dan obesiti
- Tekanan darah tinggi
- Permakanan yang tidak sihat
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi