
nurazni
2 tahun
Alahan dan allergic rhinitis
Saya wanita berusia 34 tahun mengalami allergic rhinitis. Saya kerap mengalami gangguan selsema pada waktu tertentu seperti pukul 3 pagi hingga 8 pagi.Ianya mengganggu tidur dan aktiviti harian. akibat dari masalah tersebut saya terpaksa ambil Cetrizine 10mg sehari sebiji atas nasihat doctor. Adakah selamat saya kerap mengambil cetirizine (hampir setiap hari) untuk tempoh Panjang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat Cetirizine ini pada jangka masa panjang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:
- Sakit perut
- Mulut kering
- Degupan jantung laju
- Sakit/pening kepala
- Kepenatan
Sekiranya anda tidak mengalami gejala-gejala yang disebutkan dengan kerap, anda boleh mengambil ubat ini seperti yang disarankan oleh doktor. Sekiranya masalah resdung anda ini berlanjutan meskipun dengan rawatan yang diberikan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.