
Anonymous
5 tahun
Alahan kulit di kemaluan
Doctor bolehkan ank yg brumur 3 tahun pkai econizine cream. Krn ank sy tiba2 gatal d bhgian kemaluan kemerahan tiba2 dan gatal. Pmpers slalu salin.Xtau brpunca dr mne. Mmg sblom nie pkai pampers jnma yg sme. Nth knape tiba2 kulit die jd cmtu. Smua cream dctor krjaan dan swasta da bg xbrjya jgk. Sy igt nk bg ank pkai cream econizine sdikit sbb sblom nie sy gatal alahn kulit pkai je ckit da elok. Igt nk cuba kt ank ckit. Boley ke dan xmemudaratkan ke??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kemerahan dan kegatalan di bahagian kemaluan untuk bayi anda.Antaranya ialah:
Geseran atau kerengsaan: Ia adalah penyebab biasa berlakunya ruam lampin, pada bahagian di mana lampin tersebut bersentuh/bergeser dengan kulit, lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama.
Ruam lampin candida : Jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin yang mungkin meliputi bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen.
Seborrheic dermatitis: Disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar sebaceous.
Sebelum anda memberikan ubat , anda amat disarankan untuk merujuk hal ini dengan pakar pediatrick supaya rwatan yang sewajarnya dapat diberikan kepada anak anda. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.