
adie21
4 tahun
Alahan Pada Bawang Jika Pegang @ Potong Bawang
Hi saya berusia 32 tahun dan saya seorang lelaki…saya suka memasak tetapi akhir2 ni dalam 4 5 tahun lepas saya mengalami gelaja alergic dengam bawang?saya tidak boleh pegang & potong bawang…selepas saya pegangkannya saya di bahagian celah jari saya akan mengalami kegatalan yg amat sangat sehinggakan terpaksa rendam dengan air panas/suam tapi tetap tidak hilang gatal tu…
Saya penah sapu cream minta dr hospital n juga iodin tp tetap x jalan…
Apa penyebabnya ya?adakah saya perlu buat operation atau checkup akan itu
ASAP PLEASE

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah alahan merupakan suatu perkara yang lazim berlaku. Terdaapt sesetengah orang yang mengalami alahan kepada persekitaran, pakaian serta barangan. Selain alahan pada bawang masalah anda boleh terjadi disebabkan oleh:
- jangkitan kulit
- ekzema
- psoriasis
- kerengsaan pada kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.