
zhaaieysya
3 tahun
Alahan pada ponstan
Saya mempunyai alahan ubat (ponstan) dimana saya akan mengalami bengkak pada kedua dua belah mata dan kesukaran bernafas. Saya ingin bertanya, berdasarkan alahan yang saya alami boleh kah saya mengambil vaksin covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap alahan anda terhadap ubat mefenamic acid dan pengambilan vaksin COVID-19. Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diambil tetapi disebabkan anda mempunyai sejarah alahan terhadap ubat, pemeriksaan lanjut dan penilaian kesihatan penuh perlu dilakukan. Selain itu, anda juga boleh berkomunikasi dengan doktor di kaunter penilaian kesihatan dan memberitahu doktor mengenai alahan anda terhadap ubat yang diambil di pusat pemberian vaksin (PPV).
Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam mengenai persoalan anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini