
Sulit
4 tahun
Alahan sabun mandi biasa
Saya berumur 24 tahun. Sejak hari Isnin 3 minggu lalu, saya dapati setiap kali saya menggunakan sabun saya dapati kulit saya ada bintik merah, seakan gegata tapi tak gatal. Saya tak ada masalah alahan makanan…tidur saya tidak terganggu. Saya mesti nak bersabun bila mandi. Ada sesetengah produk tak menunjukkan sangat kesan tapi sentiasa ada bintik merah.
Saya tak pernah ada masalah ini sebelum ini. Sabun yang saya gunakan pun dah lama saya gunakan (selalu beli). Harga sabun untuk mengatasi masalah kulit selalunya mahal. Saya tak mampu nak beli. Ada cara lain untuk bantu saya? Saya mesti nak bersabun…masalahnya. kalau saya makan ubat alahan atau sapu ubat alahan,adakah ia tak mendatangkan masalah buat saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit ekzema - penyakit ini sering didatangi masalah alahan juga samada pada makanan, sabun, kain bahkan cuaca sekalipun. Penyakit ini juga menyebabkan kehitaman pada kulit jika kerap menggaru
- Alahan dermatitis - pada sabun, cuaca
- Jangkitan kulat - ianya perlu dirawat dengan ubat anti-kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.