
Sulit
4 tahun
Alahan terhadap paracetamol
Anak saya berumur 6tahun dan baru saya sedar dia mempunyai alahan terhadap paracetamol. Dimana dia akan mengalami gatal2 kulit dalam masa 2-3jam selapas makan ubat. Oleh itu apakah ubat yang saya boleh guna untuk mengantikan paracetamol.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalh yang anak anda hadapi. Untuk makluman anda, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda tentang reaksi atau tindak balas alahan yang dialami oleh anak terhadap ubat paracetamol bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Hal ini kerana untuk menetapkan sebuah diagnosis memerlukan pemeriksaan yang teliti dan maklumat yang lengkap. Namun, secara umum, tindak balas alahan terdiri daripada ruam biasa hingga kepada tindakbalas sistemik yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda dan gejala alahan.
Contoh tindak balas alahan yang boleh berlaku adalah seperti berikut:
- Anafilaksis
- Tindak balas kulit contohnya ruam, gatal-gatal, sensitif terhadap cahaya (photoallergy) dan tanda kemerahan.
- Kesukaran bernafas
- Pitam
- Degupan jantung tidak sekata (Arrhythmia)
- Pembengkakan di bawah kulit (Angioedema)
- Sakit sendi dan otot
Sekiranya masalah atau gejala tersebut muncul, sebaiknya anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor supaya doktor akan memberikan ubat alternatif yang bersesuaian dengan kondisi kesihatan anak anda. Anda tidak disarankan untuk mengganti sebarang ubat sendiri tanpa nasihat doktor kerana pemeriksaan lengkap adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih