
Sulit
5 tahun
Alahan / urticaria / erythema
Saya wanita, 25 tahun, dah 3 tahun saya alami masalah yang sama iaitu gatal2 teruk. Setiap kali gatal2 melanda, antara simptom yang akan terjadi sekali adalah gatal2 bengkak keseluruhan badan, demam, selsema, adakalanya mengalami kesukaran untuk bernafas, tekak seperti ada sesuatu ketika sakit tekak dan batuk2, muntah berulang kali, tekanan darah menjadi rendah, nadi menjadi lemah, dan setiap kali terjadi pastinya saya akan dimasukkan ke dalam wad dan telah hampir 8- 9 kali. Ada dr pernah mengatakan saya mengalami allergic, tapi tidak tahu kepada apa. Saya juga pernah mengalami anaphylatic shock sebelum ini. Mereka juga turut menyatakan saya mengalami urticaria tapi tidak psti kepada apa. Tolong bagi penerangan pada saya dr. Saya buntu. Tak larat untuk sakit lagi.tolong juga terangkan saya apa yang saya alami ni dr. Dan definisi untuk 3 nama penyakit di atas tu. Terima kasih dr

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, punca kepada alahan anda perlu dicari. Oleh itu, anda disarankan untuk membawa buku nota kecil sentiasa bagi mencatat segala perkara yang berkemungkinan menyebabkan alahan anda. Setiap kali episod ini terjadi, anda boleh menulis dalam buku nota anda perkara yang anda sedang buat dan keadaan sekeliling termasuklah suhu kawasan (samada panas atau sejuk). Hal ini bertujuan bagi memudahkan pihak klinik/hospital menjalankan siasatan mengenai punca kepada alahan anda. Sekiranya mereka menjumpai perkara yang sama berkemungkinan menyebabkan alahan anda, maka mudah untuk anda mengelakkan perkara ini daripada kerap terjadi.
Selain itu, anda juga boleh membuat temujanji dengan pakar alahan untuk membuat siasatan kepada jenis alahan yang anda alami. Alahan boleh menjadi ringan seperti kegatalan sehinggakan membahayakan nyawa seseorang. Oleh itu, langkah-langkah awal perlulah diambil bagi mengenalpasti punca alahan anda. Sekian