
Sulit
5 tahun
Alami 2 period dlm masa sebulan dan jerawat bnyk timbuh di badan
Sy berumur 25 tahun. Dlm masa 2 bulan ni, sy mengalami 4 period . Sblm ni, sy menghidap molar pregnancy dan telah menjalani d&c procedure pada bulan januari . Skrg, level lsh kosong stlh beberapa appointment bersama doktor . Cuma skrg ni, sy ada 4 period dlm masa 2 bulan dan bnyk jerawat tumbuh di badan. Sy bru period semalam dn harini darah tk kluar lagi . Boleh sy tau sebab ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.