Raida

6 tahun

Alami keputihan dan gatal selepas ambil INVOKANA

Hi Doktor, saya L, berumur 45 tahun. 2 bulan lepas doktor bagi saya INVOKANA untuk kencing manis. Sekarang faraj saya ada keputihan sedikit dan agak gatal. Saya syak ni kesan sampingan ubat. Boleh ke kalau saya tukar ubat lain doktor? Terima kasih

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Selamat sejahtera. Berdasarkan kenyataan di atas, berkemungkinan keputihan dan kegatalan faraj anda merupakan kesan sampingan daripada ubat baru anda, Invokana.

Invokana merupakan sejenis ubat antidiabetik, yang membantu menurunkan tahap glukosa darah. Ia bertindak dengan menggalakkan badan supaya menapiskan lebih banyak glukosa daripada darah dan mengeluarkannya melalui air kencing anda.

Walau bagaimanapun, dengan adanya tahap glukosa yang meningkat di dalam air kencing, ia mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi bakteria atau kulat untuk lebih senang terlekat di dinding saluran kencing dan membantu dalam percambahan dan pertumbuhan organisma-organisma ini. Dengan itu, ia meningkatkan kadar risiko bagi jangkitan untuk berlaku.

Walau bagaimanapun, bagi pengetahuan saudari, terdapat banyak sebab mengapa keputihan dan kegatalan boleh berlaku. Oleh itu, anda patut mengunjungi doktor untuk menjalankan pemeriksaan terlebih dahulu untuk menentukan sebab bagi simptom-simptom anda supaya boleh menerima rawatan yang paling sesuai dan menukar ubat diabetes anda sekiranya perlu.

Salam sejahtera.

Penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan keputihan termasuk jangkitan oleh kuman
• Candidiasis (jangkitan kulat)
• Bacterial vaginosis
• Chlamydia trachomatis
• Neisseria gonorrhea
• Trichomonas vaginalis

Penyakit tidak berjangkit yang boleh menyebabkan keputihan termasuk
• Benda asing di faraj
• Alahan atau alergi
• Cervical ectropion
• Cervical polyps

Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap jangkitan kandida di bahagian faraj anda. Ubatan Invokana atau canagliflozin merupakan ubatan kencing manis yang berkesan. Salah satu kesan sampingan ubatan ini adalah peningkatan risiko untuk menghidap jangkitan di saluran kencing dan juga di bahagian kelamin anda.

Selain itu, orang yang menghidap kencing manis juga berisiko tinggi untuk menghidap jangkitan kulat kerana mereka mempunyai daya pertahanan yang lebih rendah berbanding dengan orang biasa. Jangkitan kulat bukanlan jangkitan kelamin tetapi ia sering menyebabkan keputihan putih yang pekat seperti cheese dan ketulan tersebut biasanya akan terjatuh keluar semasa menjalankan hubungan kelamin.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)