
Sulit
5 tahun
Alat kelamin sakit selepas melakukan masturbasi
Saya berumur 24thn. Sy sdg cuba berhenti masturbasi. Telah mula dri berumur 13tahn. Seminggu sekali. Skrg selalu terasa sakit apabila berlari. Adakah ianya ada masalah yg serius? Terutamnya di bahagian kepala pennis.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- ciri kesakitan
- tempoh masa mengalami kesakitan
- kesakitan/rasa pedih semasa kencing
- Sejarah trauma di bahagian sakit
- Simptom lain yang turut berlaku
Namun secara amnya, kesakitan pada bahagian tersebut boleh berpunca daripada:
- Jangkitan kuman
- Saluran darah tersmganggu
- Masalah saraf
- Trauma pada kemaluan
Sekiranya, anda mengalami masalah ini berterusan, sila dapat nasihat daripada seorang doktor.Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anak anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih