Sulit
5 tahun
Alat kelamin sakit waktu sperma sy keluar
Sewaktu bersama dengan pasangan… Bila smpi tahap utk sperma keluar saluran kencing sy akan sakit
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit ketika ejakulasi boleh disebabkan:
- Radang saluran atau buah pinggang - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Jangkitan dalam saluran epididimis - saluran sperma
- Angin pasang (hernia) dalam buah zakar - rasa sakit disebabkan tekanan pada struktur hernia
- Masalah kalenjar prostat - seperti bengkak, keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































