
Iwan060895
6 tahun
Alat kemaluan bernanah
Kencing sakit dan meleleh

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai punca masalah ketika kencing. Simptom kerap kencing dan sakit selalunya boleh disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, pundi kecing atau buah pinggang atau jangkitan penyakit kelamin. Namun begitu, sesetengah perkara seperti pengambilan minuman bekafin, alkohol atau masalah “urinary incontinence”, “overactive bladder” dan juga penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah kerap kencing. Bagi sesetengah pesakit, kemalangan, kecederaan, postur yang tidak betul serta kerap mengangkat barang berat boleh menyebabkan masalah kepada pundi dan saluran kencing.
Tanpa maklumat lebih lanjut serta pemeriksaan lengkap, adalah sukar untuk membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hidapi. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk kepada doktor bagi menyelesaikan masalah ini.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih