
jalilah9290
5 tahun
Alat perancang keluarga IUCD
Saya telah memasang alat iucd selepas sebulan melahirkan anak iaitu pada 24/9. Selama seminggu saya mengalami pendarahan dan pendarahan berhenti selama 3 hari. Kemudian saya mengalami pendarahan semula sehingga kini. Darah adalah sedikit, sentiasa ada dan berbentuk seakan serpihan (debris) setiap kali dicuci. Mohon pencerahan doktor mengenai perkara ini. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD - pada peringkat awal boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat cair darah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.