
Anonymous
5 tahun
Alat sulit berbintik merah dan gatal
Hi Doktor . Saya mempunyai bintik merah di bahagian kepala alat sulit saya dan juga di bwah alat sulit saya. Ianya sangat gatal dan mmbuat kan saya tergaru2 stiap hari . Bintik merah tersebut pertama nya muncul seperti jerawat dan lama kelamaan menjadi luka . Tapi tak ada sebarang cecair putih keluar daripda alat sulit saya. Sbelum ni pasangan sya melakukan oral sex tapi saya brhbungan pkai kondom kecuali oral sex . Apa jangkitan yg mngkin sy hadapi doktor ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Biasanya, benjolan atau luka pada zakar atau kemaluan, boleh disebabkan oleh:
Jangkitan herpes
Jangkitan sifilis
Jangkitan bakteria dan bernanah
Kurang penjagaan kebersihan
Jerawat pada kulit
Kegatalan adalah salah satu simptom yang boleh berlaku akibat punca punca yang telah dinyatakan seperti yang diatas.Oleh sebab anda telah pun mempunyai faktor faktor risiko yang tertentu adalah amat dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor dalam hal ini.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.