
Sulit
4 tahun
Alat sulit kemaluan wanita
saya wanita berumur 23 tahun, saya nak bertanya, kalau seseorang wanita telah kehilangan dara and then perempuan itu pergi buat check up di tempat kemaluan dia tersebut kerana haid di kemaluannya keluar tanpa henti, selepas semimggu habis haid, minggu depan keluar balik haid tersebut, adakah doktor yang check kemaluan perempuan itu dapat tahu yang perempuan itu sudah hilang dara???

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi pihak kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, gejala (haid tidak teratur) yang dialami bukanlah satu indikasi intuk doktor melakukan pemeriksaan vagina.
Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk makluman anda pemeriksaan dalaman wanita hanya perlu dilaksanakan sekiranya terdapat indikasi yang khusus atau mendesak; lazimnya ditentukan di hospital oleh doktor pakar sakit puan. Terdapat banyak lagi pemeriksaan (i.e. pemeriksaan darah) yang perlu dilaksanakan dahulu dalam mencari punca gangguan haid tidak teratur yang anda alami saat ini.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda tidak terlalu risau dan pergi mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.