
Sulit
4 tahun
Alat sulit rasa pedih
Saya wanita berumur 24 tahun. Kebelakangan ini saya kerap kencing. Hampir setiap jam saya akan ke tandas. Ada kala saya ke tandas dalam jarak yg sangat dekat seperti 15 min kemudian. Kejadian kerap kencing berlaku lepas saya kahwin dan berhubungan dengan suami. Beberapa hari lepas bahagian alat sulit saya terasa sakit & pedih sepanjang rhari membuatkan saya tidak selesa. Saya perasan bahawa bahagian alat sulit saya agak kering & tiada keputihan. Malah air kencing saya berwarna cerah kadang-kadang seakan warna jernih. Serta saya mudah penat kebelakangan ini. Boleh saya tahu kenapa perkara ini berlaku

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit bila kencing boleh disebabkan beberapa perkara. Diagnosis perlu dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Antara punca sakit bila kencing ialah:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Keradangan pada prostat ( Prostatis )
- Keradangan pada pundi kencing ( Interstitial Cystitis )
- Jangkitan kulat
- Masalah otot pelvis yang mengawal saluran kencing
- Penyakit keradangan pelvis (PID) - hasil dari jangkitan STI
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.