
Sulit
3 tahun
Alat sulit sukar untuk mengeras
saya baru berusia 24 tahun dan alat sulit saya sukar untuk mengeras seperti biasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, berikut merupakan beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada zakar
- Masalah saraf
- Kencing manis
- Tekanan darah tinggi
- Psikologikal:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Stres atau tekanan emosi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya keadaan ini berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Punca untuk masalah yang dihadapi oleh anda perlu diketahui terlebih dahulu sebelum rawatan diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.