
Sulit
4 tahun
Alergik kepada makanan laut
Hi Dr. Saya berumur 26 tahun . Sejak setahun lepas, saya dapati saya ada alergik dgn makanan laut seperti udang dan ketam. Dimana saya akan muntah, sakit perut selepas makan makanan tersebut. Dan selepas beberapa jam, badan saya akan Gatal-gatal dan kerengsaan kulit. Sebelum ini saya tiada gejala alergik seperti ini dan masih boleh makan makanan laut seperti ketam dan udang. Saya ingin tahu mengapa boleh berlaku perubahan seperti ini.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Ia boleh disebabkan oleh:
- alergi makanan
- jangkitan kuman
- reaksi imun yang bertindiih
- keracunan makanan
- dan lain-lain
Menurut pakar, alergi makanan boleh mula berlaku pada seseorang ketika mereka dewasa (baca: adult food allergies). Namun menurut kajian semasa, mereka yang mempunyai riwayat penyakit seperti asma, eczema dan gangguan sistem kekebalan tubuh adalah lebih rentan terkena gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, punca secara spesifik kenapa ianya boleh berlaku adalah berbeza dari individu ke individu yang lain. Yang pasti tidak semua kesan sampingan (reaksi buruk) dari produk makanan adalah disebabkan alergi atau alahan (food allergies).
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).