
Sulit
4 tahun
Alergik pain killer Nsaid boleh ke ambil vaksin covid pfizer
Hi doktor,sy mmg mengalami alergik pain killer kumpulan NSAID.sebelum ni sy pernah dimasukkan ke wad disebabkan alergik ubat tersebut.saya akan menerima dos ke dua vaksin beberapa hari lagi.saya sangat takut dan gusar memandangkan ada kes seperti saya(alergik nsaid) selepas dos ke dua mengalami pendarahab di otak.saya nak minta pendapat doktor wajar saya teruskan atau tidak.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah alahan yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, anda disarankan mengambil vaksin tersebut setelah dinilai dan diperiksa oleh doktor dengan teliti melalui sejarah kesihatan anda. Saya ingin mengingatkan anda untuk memaklumkan kepada petugas perubatan yang akan memberikan suntikan vaksin tentang masalah kesihatan anda supaya mereka dapat memerhatikan kondisi anda dengan lebih teliti.
Berikut merupakan beberapa kriteria pengecualian seseorang daripada menerima vaksin COVID-19:
- Pernah disahkan positif COVID-19
- Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin sebelumnya
- Mempunyai sejarah alahan terhadap bahan yang digunakan di dalam vaksin
- Mempunyai reaksi alahan setelah menerima suntikan dos pertama COVID-19
- Golongan ibu hamil dan menyusukan anak
- Golongan kanak-kanak
- Golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang biasa dilaporkan oleh penerima vaksin COVID-19:
- Lokal (di tempat suntikan):
> Sakit
> Bengkak
> Kemerahan - Sistemik:
> Sakit kepala
> Demam
> Lemah badan - Reaksi alahan:
> Ruam
> Kesukaran bernafas
Ini hanyalah kenyataan kami secara am mengenai masalah dan persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini