
Sulit
4 tahun
Aliran haid tidak normal
Saya berumur 26 tahun. Sejak tahun lepas, haid saya tidak normal. Ada kala haid saya sehingga 21 hari. Sepanjang rekod, haid saya tidak pernah kurang dari 10 hari. Namun, pada bulan ini, aliran haid saya terlalu banyak. Pad yang dipakai akan penuh dalam masa 20 minit dan saya perlu menukarnya. Saya sudah biasa menggunakan menstrual cup, namun kali ini, cup saya sudah penuh selepas 20minit dan akan berlaku kebocoran. Sekarang saya merasakan senggugut yang lebih sakit dari biasa. 7 hari sebelum saya datang haid, saya ada mengambil Escapelle (baru sekali dalam tahun ini) selepas aktiviti seksual. Adakah ia menjadi punca kepada situasi saya?

4 tahun
Salam sejahtera.
Masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan.:
- Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
- Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
- Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
- Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
- Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
- Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
- Syndrom polisistik ovari atau PCOS
- Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
- Kesan sampingan perancangan keluarga
- Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!